Kesemua Ahli Parlimen kerajaan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) perlembagaan (pindaan) (no.3) 2022 dan mengenai peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang bakal dibentangkan dan dibahaskan selama dua hari bermula Rabu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, persetujuan itu dicapai sebaik selesai sesi libat urus bersama kumpulan berkenaan di Parlimen pada Isnin.